SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT SENGGEH,77100 ASAHAN,MELAKA...NO TEL/FAX : 06-5229668...EMAIL :1GOVUC\MBA1075.edu...FACEBOOK : skfbsasahan
BERSAMA KITA MENANGANI WABAK COVID-19..#STAY HOME #STAY SAFE #QUARANTINE

Tuesday 13 June 2017

KATA-KATA ALUAN

KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, Salam Mendidik Dari Hati Dengan Penuh Intergriti

Alhamdulillah, syukur ke atas limpah rahmat dan kurnia Allah jua saya dapat merakamkan sepatah dua kata di dalam blog rasmi SK Felda Bukit Senggeh ini.

"Togetherness Towards Excel" atau Kebersamaan Ke arah Kecemerlangan merupakan tagline yang saya tetapkan sewaktu menerajui kepimpinan sekolah ini mulai 18 Januari 2016 yang lalu. Justeru diharap semua pihak memberikan penghayatan terhadap tagline ini dalam usaha mengembalikan kegemilangan yang pernah dinikmati oleh sekolah ini suatu ketika dahulu. Maka adalah menjadi tanggungjawab semua warga dari pentadbir, guru-guru, staff sokongan, murid-murid, pekerja serta seluruh ibubapa dan masyarakat sekitar harus melihat kecemerlangan itu sebagai sesuatu kejayaan yang harus dipupuk, dirasai dan dinikmati bersama-sama.

Adalah diharapkan dengan adanya blog ini akan memberikan gambaran perjalanan sekolah ini kepada pihak yang berkepentingan selain daripada warga SKFBS sendiri.

Sekian, Wassalam.
Imran Bin Hj Lamin PJK, PBB
Mantan Guru Besar. ( 2016 - 2017 )















No comments:

Post a Comment